Selamat Datang ....

Selamat Datang dan Selamat Berkenalan

Selasa, 18 Oktober 2011

Jika Sudah Tiba Ketikanya..

           Masih terkejut mendengar berita kematian bekas pelajar dalam satu  kemalangan yang ngeri.Jika maut sedang menunggu tiada apa yang dapat menghalang sesuatu yang sudah tersurat.Cuma kita yang masih terkejut dengan kematian yang dianggap tiba-tiba.Sedangkan tanda-tanda kematian sudah terzahir cuma kita yang kurang berilmu ini menganggap ianya berlaku dengan tiba-tiba.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.Kemalangan ngeri ini berlaku tatkala bekas pelajar ini membuat U turn,lantas dirempuh oleh sebuah motorsikal yang sedang merempit,setelah dia cuba bangun sekali lagi beliau dirempuh oleh motorsikal kedua,kali ini seluruh anggotanya dari pinggang ke bawah remuk.Kemalangan ini meragut  3 nyawa remaja sekali gus.Apa yang diharapkan dengan berita kemalangan ngeri yang berlaku ketika perlumbaan haram ini dapat memberi pengajaran kepada remaja agar tidak meneruskan lagi aktiviti yang sia-sia ini.Memang benar,mati itu pasti tapi mohon lah doa dengan Allah agar mati itu dalam keadaan yang baik.
         Teringat satu cerita yang kubaca berkaitan dengan kematian.Dikisahkan dalam satu majlis Nabi Sulaiman.malaikat maut datang untuk mengambil nyawa seseorang tetapi singgah sekejap di majlis itu.Malaikat maut asyik memandang seseorang sehinggakan menimbulkan ketakutan kepada pemuda itu.Lalu  pemuda menghampiri Nabi Allah dan berkata,"wahai Nabi Allah,bolehkah Tuan menghantar saya ke tempat lain,kerana saya amat takut dengan pandangan seorang dalam majlis ini,"."Engkau hendak ke mana?" tanya Nabi Sulaiman."Hantarlah saya ke bumi India pun tak apa" balasnya.Maka Nabi Sulaiman menghantarnya ke India.Kemudian Nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat maut kenapa dia merenung orang itu.Jawab malaikat maut "aku sepatutnya mencabut nyawanya sebentar lagi di bumi India,jadi aku hairan kerana ia masih di majlismu".
         Demikianlah,jika ajal tiba,ia tidak akan ditangguh walaupun sesaat.Kematian pasti mencari kita dimanapun kita berada.jadi sama-samalah kita insafi berbuat baiklah dimana saja kita berada,semoga sentiasa dalam ketaatan kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan