Selamat Datang ....

Selamat Datang dan Selamat Berkenalan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jagalah pandangan ...Jagalah pendengaran

              Dari telinga jatuh ke hati.....itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. 
       Dari mata jatuh ke hati......itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara keindahan hakiki dan palsu. 
      Justeru, wanita perlu berhati-hati dengan ucapan indah yg didengarinya, lelaki pula perlu menjaga pandangannya agar tidak terikut perangkap yang menunggu.............itulah pandangan seorang ustaz yang ku terima.
           Realiti kehidupan , mudah terpesona dengan apa yang terpapar dihadapan mata,maka mudahlah nafsu menguasai diri.Namun Allah Maha mengetahui kelemahan hambaNya,lalu dikurniakan akal untuk mengimbangi nafsu itu.Maka selagi akal dan fikiran  yang terbimbing oleh roh keislaman maka terselamatlah individu itu dari terjebak kelembah dosa dan maksiat.
 Antara tanda seseorang itu punyai iman yg segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan (samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) atau dikelilingi oleh tumpuan mata yang melihat apa yang dilakukannya semuanya baik dan bermanfaat kpd imannya. Tiada ketakutan dan kebimbangan walau diketahui orang lain.

Khamis, 20 Oktober 2011

Mengenali Jenis plastik

      Plastik merupakan bahan yang amat popular digunakan sebagai alat mengisi bahan makanan.Plastik  merupakan polimer sintetik (dihasilkan secara industri).Plastik terbahagi kepada 2,ie termoplastik dan plastik termoset.Keduanya dibuat daripada monomer(bahan asas) yang berbeza.

      Masyarakat  hari ini gemar mengunakan plastik dalam kehidupan seharian kerana ianya lebih murah dan senang digunakan.Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang terhadap ciri-ciri plastik dan tahap keselamatan terhadap kesihatan kita.

     Mungkin maklumat berikut boleh membantu kita dalam mengenali jenis-jenis plastik dan kegunaannya.Kita boleh memeriksa kod tersebut pada bahan plastik yang kita guna.


Penghujung tahun

hujan ..adalah rahmat bagi tumbuhan

Bila rindu bertandang lagi

Satu hati,satu kiblat satu matlamat...mardhotillah
  Saban tahun,apabila zulhijjah muncul kembali,kerinduan hati ini untuk bertandang kembali sebagai tetamu Allah pasti tidak dapat dielak dan disekat.Namun jarak dan budget (mungkin juga kouta jemaah) menjadi kekangan untuk menjadi tetamu Allah setiap tahun.Namun apa yang penting,mengekalkan momentum beribadah ditahap maksimum dan optimun walau di mana sahaja kita berada ,itu yang lebih penting.



Masih teringat lagi,betapa terharunya diri ini diberi peluang bersujud menghampiri rumahMu,sedangkan selama ini ku bersujud dari jarak yang jauh beribu batu.Sesungguhnya Ya Allah meskipun sudah jauh jarak memisahkan ku dengan rumahMu tetapi tetapkan hati ini bersamaMu walau dimana sahaja aku berada.
Subhanallah....tergaman melihat kaabah di depan mata   
Melihat saudara seagama yang berbangsa lain,bersusah payah melaksanakan rukun islam kelima bersama anak-anak kecil,mengingatkan ku kepada anak-anak yang ditingalkan di Tanah Air.Aku turut menanam keazaman, dikesempatan yang lain aku mohon kehadrat allah agar diberi peluang sekali lagi bagi kami sekeluarga melaksanakan ibadah haji secara bersama,insyaAllah.
          Kepada saudara mara,sahabat handai dan semua bakal haji dan hajah semoga selamat sampai dan mendapat haji yang mabrur.Bersamalah kita menjaga ibadah walau dimana kita berada



Selasa, 18 Oktober 2011

Jika Sudah Tiba Ketikanya..

           Masih terkejut mendengar berita kematian bekas pelajar dalam satu  kemalangan yang ngeri.Jika maut sedang menunggu tiada apa yang dapat menghalang sesuatu yang sudah tersurat.Cuma kita yang masih terkejut dengan kematian yang dianggap tiba-tiba.Sedangkan tanda-tanda kematian sudah terzahir cuma kita yang kurang berilmu ini menganggap ianya berlaku dengan tiba-tiba.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.Kemalangan ngeri ini berlaku tatkala bekas pelajar ini membuat U turn,lantas dirempuh oleh sebuah motorsikal yang sedang merempit,setelah dia cuba bangun sekali lagi beliau dirempuh oleh motorsikal kedua,kali ini seluruh anggotanya dari pinggang ke bawah remuk.Kemalangan ini meragut  3 nyawa remaja sekali gus.Apa yang diharapkan dengan berita kemalangan ngeri yang berlaku ketika perlumbaan haram ini dapat memberi pengajaran kepada remaja agar tidak meneruskan lagi aktiviti yang sia-sia ini.Memang benar,mati itu pasti tapi mohon lah doa dengan Allah agar mati itu dalam keadaan yang baik.
         Teringat satu cerita yang kubaca berkaitan dengan kematian.Dikisahkan dalam satu majlis Nabi Sulaiman.malaikat maut datang untuk mengambil nyawa seseorang tetapi singgah sekejap di majlis itu.Malaikat maut asyik memandang seseorang sehinggakan menimbulkan ketakutan kepada pemuda itu.Lalu  pemuda menghampiri Nabi Allah dan berkata,"wahai Nabi Allah,bolehkah Tuan menghantar saya ke tempat lain,kerana saya amat takut dengan pandangan seorang dalam majlis ini,"."Engkau hendak ke mana?" tanya Nabi Sulaiman."Hantarlah saya ke bumi India pun tak apa" balasnya.Maka Nabi Sulaiman menghantarnya ke India.Kemudian Nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat maut kenapa dia merenung orang itu.Jawab malaikat maut "aku sepatutnya mencabut nyawanya sebentar lagi di bumi India,jadi aku hairan kerana ia masih di majlismu".
         Demikianlah,jika ajal tiba,ia tidak akan ditangguh walaupun sesaat.Kematian pasti mencari kita dimanapun kita berada.jadi sama-samalah kita insafi berbuat baiklah dimana saja kita berada,semoga sentiasa dalam ketaatan kepada Allah.